Thursday, November 11, 2010

merpati putih ku



suatu hari aku melihat merpati putih bertenggek di dahan. Aku cukup tertarik melihatnya. Ia sangat unik bagi ku. Mengapa entah aku begitu tertarik. Namun aku diamkan diri Setiap hari aku melihatnya.Namun tiba2 suatu hari, merpati itu datang bertenggek terbang di atas bahuku.Sejak dari itu, merpati putih itu akan sering bertenggek di atas bahuku dan berkongsi cerita.Namun pada suatu malam, aku mendapati merpati putih itu jatuh dan patah kaki,dia tidak dapat bergerak.Aku mengambilnya dan merawat dan tempat kan ia di dalam sangkar.Hari ke hari, aku mendapati merpati putih itu semakin sembuh. Aku gembira melihatnya.Namun, tanpa aku sedari aku sudah mengurung merpati putih itu.Kini, aku harus lepaskannya pergi. Sebak jiwaku bila memikirkannya.Aku tahu merpati putih itu juga begitu.Tapi maafkan ku merpati putih. Aku harus biarkan kamu pergi. Aku tidak layak untuk kamu dampingi. Aku hanya insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa. Sedangkan kamu menjadi rebutan. Haruskah aku biarkan kamu pergi???

Thursday, November 4, 2010

~bisikan anak yang dahagakan kasih~


deruan hujan membuatkan fikiran ku melayang mengingati kata-kata ibu..

"klu la aku tahu mcm ni, aku penyek2 kau waktu kcik"..
kenapa ibu? apa salah ku?.. hina sangatkah anakmu ini..
aku berusaha menjadi yang terbaik di mata ibu.. namun ia hanya sia2.. ibu tidak pernah untuk suka pada ku..air mata ku jatuh berderai di pipi yang gebu...
"ya allah, mengapa kau panjang kan umur ku, sedangkan sepanjang hidup ku ini, aku selalu buat ibu marah.. aku anak derhaka.. kalau la engkau ambil nyawa ku ini, tentu ibu ku tidak akan marah2 macam ni.. aku ingin ibu bahagia ya, allah" bisik aku di dlm hati...
andai sahaja aku bisa menjadi anak kesayangan ibu, aku akan sentiasa bahagiakan ibu... namun, bkn nasib ku... ibu x pernah suka aku...apa salah ku ya, allah...aku ingin mendapat kasih sayang ibu..aku ingin membuat ibu bangga dengan ku..aku sudah berusaha.. namun ibu tetap begitu.. tidak menghiraukan aku...ibu seorang yang adil dari segi zahir.. namun dari segi kasih sayang.. mungkin berbeza...setiap hari aku memandang wajah ibuku.. "ibu, aku ingin selalu menatap wajah mu, agar tiada kekesalan dalam diri jika engkau tiada lagi... walau ku tahu, begitu susah ku lihat senyuman manis ibu untuk ku... akan ku tetap menunggu".. bisik aku di dalam jiwa...
"aku iri melihat teman2 yg mempunyai ibu yang sayang sgt pada mereka.. mgkin ibuku juga syg pada ku... namun mgkin tidak pernah ditunjukkn... cukup la ibu menjaga aku sehingga dewasa", pujuk diriku sendiri....

tiba-tiba siuwtttt.. pncaran kilat melintas mata ku.. aku terjaga dari lamunan yg lalu.. lalu aku turun ke bawah rumah dan melupakan kisah itu...

Saturday, October 16, 2010

BUNGA IDAMAN ISLAM

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Sunday, September 26, 2010

DALAM DIAM


hela nafas ku laju
debar jantung ku kencang

aku bukan tak mahu

tapi aku masih perlukan ruang

aku pandang ke kiri
aku pusing ke kanan

aku melarikan diri
dari melayan perasaan

mulut bersuara bisa

tutur berbahasa kasar

bukan aku ingin punah rasa

namun aku masih kusar

Sunday, September 12, 2010

Dekat-Jauh


ku pegang rapuh...
ku genggam hancur
ku lepas jatuh
ku lempar berterabur

ku pandang jauh
ku lihat kabur
ku pejam sungguh
ku celik bersuluh

Friday, September 3, 2010

Penipuan vs kenyataan


mecak diriku untuk menilai
mecak diriku untuk menerima
mecak diriku untuk tahu
mecak diriku untuk melayan rasa

ku biarkan pelangi datang
ku biarkan cahaya menyinari
ku biarkan bunga mewangi
ku biarkan waktu menyusuri

Aku lari dari berhadapan
Aku bersembunyi di sebalik penipuan
Aku elak dari melayan perasaan
Aku biar diri ku keseorangan

Aku bisu berjuta bahasa
Aku hidup dengan satu gaya
Aku mengelak dari mengakuinya
kerna ku sedar diri ku siapa..

Aku tutup mata
Aku jalan buta
Aku meredah semua
Aku lari dari rasa

Aku buang ke tepi
Aku lari menyanyi
Aku robek hati
Aku menanggung sepi..
Yang tersurat biarkan tersurat
Hanya yang memahami akan memahami
Yang tersirat biarkan tersirat
Hanya yang menilai dengan rohani akan mengerti

Tuesday, August 31, 2010

Egonya aku

Egokah aku
menafikan semua pertanyaan
Egokah aku
menyembunyikan perkara sebenar
Egokah aku
melawan perasaan ku ini
Egokah aku
Menutupi rasa ini
Egokah aku
Melarikan diri dari menjawab semuanya
Egokah aku
Menyimpan perasaan ini
Egokah aku
Yang sanggup tunggu dan tunggu

Aku berselindung di sebalik tirai
Aku menyorok di sebalik tabir
Semakin cuba untuk menyembunyi
Semakin ia tahu keberadaan ku

Aku lari jauh
Aku janji ku hindar
Namun langkah semakin lemah
Aku tersungkur

semua sudah terbongkar..
semua sudah diketahui..
namun aku masih menyakiti..
betapa kejamnya aku

Nur Keimanan Punca Ketenangan


Bila jiwa kosong dengan iman
Bila hati kosong dengan ketakwaan
Roh akan goyah
Seakan-akan ingin tumbang
Jiwa merana meminta siraman cahaya
Hati menangis meminta pertolongan
Roh pula menjerit-jerit derita
Kalau sahaja jasad ini mengerti
Andai saja badan ini mendengar
Roh tidak perlu begini
Luaran tenang dipandang
Paras dilihat indah bersinar
Namun dalaman memberontak kekeliruan
Andai sahaja sedikit nur datang menyinari
walaupun hanya kunang-kunang yang hinggap di sini
Maka redalah sedikit roh dari kebelenguannya..

*oleh itu, bykkn amal dan ibadat agar tenang jasad dan roh
Selamat beramal

Monday, August 30, 2010

Dua hati Jadi satu


Tersenyum simpul terukir di bibir
Malu menyapa di dalam diri
Si putra mengintai di sebalik tabir
Si putri tunduk bersimpuh seorang diri

Bulan dilihat terang
Ketawa didengar riang
Hati terasa senang
Dek melihat si putra datang

Tangan di hulur
Hati di beri
Sebentuk cincin disusur
Sebagai tanda janji..

Sudah termetarai dua hati
Mahu sehidup semati
Andai nyawa bukan disini
Bertemu jua di syurga nanti

SaLah kU


Aku ingin menjadi tali
Menyambungkan antara satu sama lain
Bukannya menjadi gunting yang memutuskan tali

Aku ingin menjadi air sungai
Yang tidak berhenti mengalir
Bukannya menjadi benteng untuk menyekat air

Aku ingin menjadi cahaya
Yang menerangi setiap sudut kegelapan
Bukannya menjadi angin yang meniup lilin

Aku ingin menjadi akar
Yang membantu pokok berdiri
Bukannya menjadi akar yang menumbangkan badannya sendiri

Andai sahaja aku mampu menjadi sperti itu..
Namun aku hanya insan biasa yang selalu tersilap langkah dan gerak

Sunday, August 29, 2010

!!AkAn Ku LaKuKaN!!


Aku ingin menghapus air matanya,
Agar tiada setitik pun yang mengalir di pipinya.

Aku ingin mengukir senyumannya,
Agar tiada sekelumit pun kemuramannya.

Aku ingin mengembirakan hatinya,
Agar tiada seraga kesedihan di jiwanya.

Aku ingin menyelesaikan semua kekusutannya,
Agar tiada seribu kesimpulan di dalam dirinya.

Aku ingin melihatnya bahgia
,
Agar tenang hati ku memandangnya...

Saturday, August 28, 2010

~_~


Hinakah diriku
Sehingga menjadi bahan ejekan
Hinakah diriku
Sehingga menjadi bahan ketawa
Hinakah diriku
Sehingga aku dipinggirkan

Aku juga punya perasaan
Aku juga punya rasa malu

Haruskah aku membiarkan diri ini dihina
Haruskah aku membiarkan diri ini ditertawa
haruskah aku membiarkan diri ini dipinggirkan

Aku juga manusia
Aku juga seorang insan

Mereka menghina
Aku membisu
Mereka tertawa
Aku tersenyum

Segala kekuatan yang dilihat orang,
belum tentu kekuatan yang sebenar dalam diri..
manusia berlakon bahwa dia tabah, kuat tetapi hakikatnya..
Dia lemah dan tidak berdaya..
Tangisnya tidak ada seorang pown yang dengar
Tawanya saja menjadi tirai kedukaan..

*oleh itu, jgn la menghina atau kutuk org..
walau kita anggap ianya hanya gurauan
tp berbeda dgn org yg kne kutuk tu..
so, renung2 la..

Wednesday, August 25, 2010

Persahabatan


15/7/2010

tarikh keramat bagi gurl..
penantian selama 8 tahun..
akhirnya berakhir juga
persahabatan yang tergantung
kini kembali bertaut..

tiada ungkapan yang dapat diucap
hanya kesyukuran sebagai tanda
angan-angan yang dipikir hanya khayalan
kini menjadi kenyataan

namun masa telah mengubah segala-galanya..
walau persahabatan kembali terjalin
namun tetap tidak sama seperti dulu

kenangan yang indah tidak dapat diulang
hanya dapat tersimpan di dalam kotak pemikiran
namun bertemu dengan yang disangka khayalan
sudah cukup menyenangkan perasaan..

Tuesday, August 24, 2010

BiNtAnG


Aku ingin menjadi bintang
Walau bintang tidak bisa bergerak..

Walau bintang tidak bisa bersuara

Walau bintang tidak berdaya pada zahirnya

Walau bintang berada nun jauh di sana..

Walau bintang kadang-kadang di lindung awan


Aku ingin menjadi bintang..

Bintang yang bersinar ketika "malam"

Bintang yang sentiasa menemani "bulan"

Bintang yang sentiasa berkongsi "cahaya"

Bintang yang dapat menunjuk arah "kiblat"

Aku tetap ingin menjadi bintang

walau macam mana orang menilaiku
Hanya pencinta bintang akan memahamiku

..Ibarat Mawar..


Mawar...
Indah Rupamu
Harum Baumu
Cantik Warnamu
Kau Ibarat Indahnya Seorang Wanita

Wanita...
Sedari Dirimu Ibarat Sekuntum Bunga
Ciptaanmu Kebesarannya
Ciptaanmu Suatu Simbolik


Wahai Wanita...
Penciptaanmu Cukup Indah
Mengapa Perlu Diubah-Ubah
Padamu Segalanya Lengkap
Tidak Perlu Ditambah-Tambah
Tidak Perlu Dibuang-Buang
Tidak Perlu Diubah Elok Ciptaannya
Selidiki Dirimu
Apa Yang Tiada Padamu...
Dari Hujung Rambut Ke Huung Kaki
Kau Sememangnya Cantik

Namun...
Perlu Diingat
Kecantikanmu Bukan Bahan Tontonan
Kecantikanmu Bukan Suatu
Kebanggaan
Cantik Rupamu Perlu Dihias
Hiasilah Dirimu Dengan Hiasan Iman
Ilmu Dan Akhlak
Indah Pekertimu Elok Peribadimu
Pastinya Kau Idaman
Pria Budiman
Kau Bakal Serikandi Terbilang
Kau Bakal Isteri Solehah
Di Sisi Seorang Suami Idaman
Kau Bakal Ummi Kesayangan
Buat Insan Yang Bakal Kau Lahirkan
Penyeri Hidup Kau Dan Dia

Namun...
Harus Kau Ingat...
Walau Kau Ibarat Sekuntum Mawar
Kau Bukan Mudah Dipetik
Kau Bukan Bunga Jalanan
Kau Bukan Untuk Lelongan
Kau Bukan Bahan Pameran
Tapi Kau...Muslimah Beriman
Kau Punya Pegangan
Kau Punya Maruah
Kau Punya Harga Diri
Yang Perlu Kau Jaga Dan Pelihara

Kau Berhak Memilih...
Siapa Yang Terbaik Buatmu
Tempat Kau Bergantung Harap
Tempat Kau Menumpang Kasih
Tempat Kau Menabur Sayang
Tempat Kau Memberi Cintamu
Jangan Kau Tersilap Memberi Cinta
Andai Cinta Itu Hendak Diberi
Berilah Pada Yang Berhakmenerimanya
Carilah Yang Beriman
Carilah Yang Mampu Memimpinmu
Kerana Lelaki Dicipta Sebegitu
Sebagai Pelindung Seorang Wanita
Tunggak Keluarga
Bakal Pemimpin Rumahtangga

Ingatlah..
Kau Wanita, Penuh Makna , Penuh Simbolika...

Monday, August 23, 2010

*Ada Hikmah Di Sebaliknya*


Di sebalik kegelapan, keredupan cahaya..
Disebalik kesunyian dan kemalapan malam..
Terdapat cahaya kecil di langit menceriakan suasana,
Tersenyum simpul menghiburkan pemerhatinya..

Disebalik celah-celah dedaun kehijauan..
Disebalik kesegaran pagi yang menyenangkan..
Terdapat butir-butir embun kecil di hujung daunan..
Menitis pabila disentuh dek deruan angin perlahan..


Sunday, August 22, 2010

~FaR FrOm U~

Dari jauh ku mengenali mu..
Dari jauh ku melihat mu..

Dari jauh ku memerhatikan mu..

Dari jauh ku ingin menyahut panggilan mu..

Dari jauh ku rasai kehadiran mu..

Dari jauh ku memendam rasa terhadap mu
Dari jauh ku menahan cemburu terhadap mu
Dari jauh ku berdoa agar akan ada ruang buat ku...

Namun dari jauh juga la, aku berhenti harap kerna ku sedari tiada lagi ruang buat ku..

Saturday, August 21, 2010

Puteri Larangan

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Memang benar wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan Allah berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…Ingatlah, bagi wanita maruah adalah segala-galanya.

renung2 kn...(ciplak dri internet hnya untk rnungn brsma..)

Wednesday, August 18, 2010

TipS nK bAgI tiMbuL kEinSaFaN dLm dIrI dI bULaN RaMadHaN



  • anggap tahun ni posa anda yg terakhir
  • so tolong chop awal2 "tmpt tido" anda nnti..tempah siap2,tkot nnt full..coz kali ni nk tido lama sket..
  • sdiakn "duit akhirt" supaya dpt tmpt tido cam hotel 5bintng yg lapang 2..
  • n yg plg pentg..sentiasa gantungkn slimut besar wrna putih bersih kt dlm bilik yg hanya anda sorg je yg boleh guna slimut 2.

Tuesday, August 17, 2010

Mengapa??


Jika seseorang ingin kembali ke jalan lurus,
Mengapa dipertikaikan niatnya,
Jika seseorang dilanda kesedihan,
Mengapa diseksanya dengan kemarahan,
Jika seseorang di dalam kebingungan,
Mengapa ditambahkan lagi keresahan,
Jika seseorang perlukan bimbingan,
Mengapa tidak menawar diri untuk menjadi pemimpinnya?

Mengapa? Mengapa?Mengapa?

Andai kata perkara dia lakukan amat mengecewakan kita,
Jangan dihirau segala kekecewaan kita,
Tetapi!
Bimbing dan bantulah dia
Agar dia tidak akan lagi mengecewakan kita buat kali kedua



Senyum


"Bersedekahlah walaupun hanya dengan senyuman"

Jauh lagi!!!


Perjalananku masih jauh..
Ketika ini aku baru bertaktih untuk berjalan..
Masih terhuyung-hayang langkah ku...
Namun aku dipimpin dan diajar..
Banyak lagi yang perlu aku belajar..

Hidup ini begitu sukar bagiku..
Penuh dengan liku dan onak berduri..
Sementara langkahku masih tak menentu..
Namun, hanya iman dan takwa yg dibekalkn shja yg dpt menempuhinya..

DiSeBaLiKnYa..


Tawaku sebenarnya terselit beratus kesedihan.. Marahku sebenarnya terungkap beribu nasihat.. Benciku sebenarnya tersembunyi berjuta sayang..

Tidak smua harus diluah,
Tidak smua harus diucap,

Tidak smua harus dipertikai,

Tidak smua harus dipertanyakan..

Hanya hati dapat merungkap segalanya..

Hanya diri ini yang mengetahuinya..

Hanya doa menjadi kekuatan..

Hanya yang merasa akan terasainya.
"Tidak smua perlu ditunjukkan, namun menyembunyikannya lbih baik. Tetapi jangan la sesekali berdusta"